
Ha.... ni la dia gambar arteri yang tersumbat. My research pun berkisar tentang arterial narrowing and hardening. Yang menyebabkan proses penyumbatan ni (proses atherosclerosis) adalah kerana kolesterol yang banyak dalam makanan seharian kita. Jangan salah faham.... aku bukanlah doktor perubatan, tapi researcher yang berminat untuk memodelkan secara matematik aliran darah dalam arteri yang tersumbat. Tak faham? Takpe la....tak perlu faham. Biarlah mereka yang berkaitan sahaja pening ahaksssss...... Anyway, aku enjoy dengan research yang aku jalankan. Tajuk sebenar research aku : "Mathematical Modelling of Micropolar Blood Flow through a Stenosed Artery". Moga diberkati dan dipermudahkan segala-galanya oleh Allah.